Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Thursday, September 25, 2014


Radio Pakcikku FM sebuah radio alam maya dari Malaysia. Mula ditubuhkan secara rasmi pada 12 April 2013 hingga 2 Mei 2019. Pernah mempunyai beberapa group dan bilangan deejay serta pendengar yang ramai. Jatuh bangun radio ini..menjadi lumrah begitu juga dengan radio alam maya yang lain. Secara rasminya radio ini akan menghentikan siarannya mulai 12 mlm 2 Mei 2019 (AUTO RUN 24 JAM). Selepas ini siaran radio menggunakan ikhsan Slow Radio (AUTO RUN 24 JAM), manakala PAKCIKKU FM keudara secara On/Off. Terima kasih tidak terhingga barisan deejay, admin, moderator dan pendengar radio ini serta Tuan Johari. Semoga kita jumpa lagi.. Insya Allah


RADIO ONLINE
Cerita bab radio ni...teringat masa Dj RiMyms zaman sekolah dulu..masa tu peneman dikala boring radio brand National dibawa kehulu kehilir...dj popular pada masa tu Dj Ainol Jamal dari radio RTM... Malam hari pula mendengar segment Pilihan Bersama di Radio Muzik, jam 9 mlm hingga 12 malam, pelbagai lagu permintaan pendengar yang best diputarkan. Lagi menarik takde iklan (bukan macam sekarang), paling seronok bolelah rakam guna tape kaset kosong ..ha 😁 .. 
Berbeza radio sekarang "roh" hendak menghiburkan pendengar tu macam terpaksa je, sebabnya iklan banyak dikeudarakan, mungkin strategi syarikat untuk menampung kos operasi. Berbalik Radio Online, radio ini keudara melalui siaran internet. Kebanyakan beroperasi di kediaman dan tidak berorientasikan keuntungan hanya minat semata-mata. Zaman kegemilangan radio ini sekitar 2008 hingga 2015. Muncul berbagai nama radio seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 
Begitu juga radio PAKCIKKU FM yang diasaskan oleh Dj RiMyms.. melalui fasa tersebut..ramai deejay berkonti antaranya seperti Dj PaPai, Dj Bard, Dj Ain, Dj Wawa dan ramai lagi..begitu juga bilangan pendengar serata tempat hingga luar negara. Radio Online tidak terlepas menempuh pelbagai dugaan dan masalah.. semua radio online akan hadapi. Faktor kejatuhan radio online antaranya disebabkan kekurangan deejay yang berkaliber untuk berkonti, kurang sambutan pendengar, kemunculan teknologi live fb streaming, kemunculan teknologi alternative era games baru...seperti PUBG. 
Hakikatnya...peredaran zaman cepat berlalu..teknologi terus bergerak pantas.. sebagai contoh lain zaman walkman, tape kaset, cd, vcd terus hilang ditelan zaman dan dikenang sebagai satu sejarah resolusi teknologi satu ketika dahulu... Selepas ini akan pasti muncul medium baru yang mungkin kita tidak dapat bayangkan.. 5G network coming soon...

AUTO DJ DEEJAY RI MYMS♪♫•*¨*•.

AUTO DJ DEEJAY RI MYMS♪♫•*¨*•.

SEMOGA TERHIBUR♪♫•*¨*•.

SEMOGA TERHIBUR♪♫•*¨*•.

PLAYERS PAKCIKKU FM